Tuesday, 31 May 2011

Rintihan Nabi SAW

Apabila merasa sedih dan sukarnya kehidupan ini, hendaklah kita merenung kembali perjalanan Rasulullah SAW. Mudahkah perjalanan yang ditempuh baginda dalam menyampaikan seruan agar kaumnya beriman kepada Allah? Sudah tentulah tidak mudah dan jika dibandingkan dengan kesukaran hidup kita pada hari ini, apalah sangat kan…Walaupun adakalanya dalam meniti kehidupan ini, kita sering berhadapan dengan cabaran hidup yang datang dalam pelbagai bentuk. Bagi memulihkan semangat, saya sering teringatkan doa ini. Doa rasulullah SAW ketika berada di Taif, ketika baginda merasa sedih dengan penolakan masyarakat Taif terhadap ajaran yang dibawa baginda. Betapa baginda mengadu kepada Allah SWT setelah Rasulullah dilontar dengan batu sehingga berdarah kepala baginda dan darah itu mengalir hingga ke tumit…Ketika itu baginda merintih dan berdoa kepada Allah SWT. Doa ini amat berkesan di hati saya lalu saya menyalinnya dari ceramah di you tube. http://youtu.be/UJj-QcAzrdc
Semoga memberi manafaat…


Doa Nabi Muhammad SAW

Ya Allah aku mengadu kepada Mu
Lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku
Dan hinanya aku ini di kalangan orang ramai
Wahai Tuhan yang paling penyayang di kalangan yang penyayang
Engkaulah Tuhan orang-orang yang kena tindas
Dan Engkaulah Tuhanku
Kepada siapa ingin Engkau serahkan diriku wahai Tuhan
Adakah kepada orang jauh yang bermasam muka denganku
Ataupun kepada musuh yang engkau jadikan mereka itu menguasai urusanku
Jika Engkau tidak murka kepadaku wahai Tuhan, aku tidak peduli
Namun afiatMu lah yang paling luas  untuk ku
Aku berlindung dengan wajahMu wahai Tuhan
Yang dengannya diterangi kegelapan
Jangan Engkau turunkan marahMu kepadaku
Dan jangan Engkau halalkan kemurkaanMu kepadaku
Selagi tiada murka Mu kepadaku wahai Tuhanku
Daku tidak peduli
Tidak ada daya dan tidak ada upaya
Melainkan dengan mengharapkan Engkau jua wahai Tuhan.

No comments:

Post a Comment